mengikuti mosoro

Oct 2, 2012

pelik.


manusia nie kadang-kadang pelik.

KENAPA ?

cuba fikir sekejap...

aku cuma nak fokus yang paling utama

cuba fikir lagi...

tentang kesukaan / feveret / kepunyaan kita

kenapa manusia suka apa yang kita suka

tak boleh tengok kita hidup senang, bahagia, gembira

sedangkan benda tu memang milik kita ataupun memang dah sah-sah kita yang punya

contoh yang paling biasa kita lihat...

orang rampas suami orang, rampas isteri orang, curi barang orang, pinjam barang tak hantar...

pelik bukan ?

KENAPA ?

fitrah ke ? semula jadi ?

tak tahu la. semua dah besar. semua dapat fikir kan. :)


p/s maaf. bukan tuju kat sape-sape. manusia nie kadang-kadang pelik bukan ? aku tak sempurna. tak juga seorang yang baik. hanya persoalan yang bermain di fikiran ini sekian lama. dont't worry. be happy. :)

Sep 14, 2012

putus asa.





p/s dalam apa-apa hal jangan cepat berputus asa. teruskan apa yang anda sedang usahakan. insyaAllah akan berjaya kalau kita betul-betul mahukan. :)

Sep 10, 2012

tidak bahagia.





p/s sentiasa berfikiran positif sama ada terhadap diri sendiri dan lebih-lebih lagi orang lain. be happy. :)

Sep 6, 2012

happy.





sumber : goggle


p/s bersyukur pada-Nya. terima kasih pada 'awak'.

Apr 22, 2012

keinginan lelaki.


Assalamualaikum...


sumber : google


setiap orang inginkan kehidupan yang sempurna kan. untuk dapatkan kesempurnaan tu bukan senang. 

tapi kite tak boleh berdiam diri dan mengharapkan kesempurnaan tu datang dengan sendiri. kite perlu terus berusaha dan mencuba untuk mencari kesempurnaan yang kita impikan.

walaupun tidak dapat mengecapi kesempurnaan tapi cukuplah untuk membahagiakan diri kita dan orang sekeliling. sentiasa bersyukur kepada-Nya dengan setiap anugerah yang diberikan.

begitu juga dengan dunia percintaan. bukan senang utuk mengejar kesempurnaan pasangan. hubungan cinta adalah hubungan yang serius kerana ia melibatkan emosi seseorang. oleh kerana ia adalah hubungan yang serius, setiap pasangan ada kehendak hati masing–masing. 

bagi lelaki, mereka mahukan beberapa perkara dari teman wanita teman hidup mereka iaitu : 

menjadi pendengar yang setia

seperti mana seorang lelaki sedia menjadi pendengar yang setia, mereka juga mahukan teman wanita teman hidup mereka menjadi seorang pendengar yang setia.

lelaki sangat sukar untuk meluahkan sesuatu melainkan pada orang yang mereka percaya sahaja. jadi, mereka sentiasa mahu luahkan sesuatu pada teman wanitanya teman hidupnya.

ingat perkara penting
fikiran lelaki amat berbeza dari wanita. lelaki lebih fokuskan fikiran mereka pada wang, kuasa dan keseluruhan perkara. berbanding wanita yang fokus pada kasih sayang dan memikirkan satu perkara secara satu persatu.
jadi, lelaki amat pelupa mengingati perkara–perkara kecil yang penting kerana mereka selalu memikirkan sesuatau secara keseluruhan iaitu teras. lelaki amat perlukan pertolongan dari teman wanitanya teman hidupnya untuk membantu mereka ingat perkara–perkara kecil yang penting.

perhatian secukupnya
apabila bercinta, lelaki akan jadi teramat manja pada pasangannya. mereka mahukan perhatian dari teman wanitanya teman hidupnya.
mereka tidak mahukan perhatian pada setiap masa tetapi mahu teman wanita teman hidup mereka ingat mereka selalu.
dalam kehidupan ini tiada seorang pun yang sempurna. oleh itu, kedua-dua belah pihak perlulah saling berusaha atau cuba untuk memahami antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dalam hubungan cinta yang dijalinkan.

credit : NotaHati

sumber : google

p/s : tak semua lelaki itu sama. setiap orang berbeza. atas pasangan masing2 untuk menentukannya.  sentiasa cuba untuk menerima kekurangan atau kelebihan pasangan. didoakan semoga semua berbahagia. :)

Apr 20, 2012

sebuah hubungan.





sumber : facebook


yang di atas ini mungkin bagi pandangan sesetengah orang. setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. 

setiap orang juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menjaga hubugan mereka dengan pasangan.

kalau bagi aku apa yang penting dalam setiap perhubungan ialah perlu sentiasa ada tolak ansur antara pasangan. kalu boleh berusaha untuk buang semua keegoan yang ada dalam diri walupun susah.

apa yang paling penting ialah sentiasa memohon kepada Alah. kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui. kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. 

p/s : jangan cepat berputus asa dalam sebuah perhubungan. yang pahit akan manis jua akhirnya. insyaAllah kamu akan bahagia. :)



Apr 19, 2012

terbaik.



assalamualaikum.



sumber : google


kite tahu kite bukan yang terbaik.

semua orang tahu tiada satu pun manusia yang terbaik di muka bumi nie.

tapi itu bukan bermaksud kita tidak boleh menjadi yang terbaik.

kite boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik.

itulah yang terbaik.

bersama-sama kite untuk menjadi yang terbaik.

p/s : walaupun kite tak sempurna tapi kite perlu berusaha ke arah kesempurnaan. :)

Mar 28, 2012

positif.

assalamualaikum...



sumber : google


kalau nak bercakap pasal positif nie memang susah.

kadang2 kita hanya pandai bercakap je tapi nak melaksanakan perkara tersebut memang perlu ambek mase yang lame.

kalau ada pape yang kite tak puas hati terus main tuduh je kan... kita tak pernah nak pikir kenapa benda tu terjadi..

same jugak macam kalau seseorang yang buat kite tak puas hati kan... kita tak pernah nak ambek mase sekejap dan pikir balik kenapa dia buat macam tu...

kadang2 kita sendiri kena paham keadaan sesuatu situasi tersebut... kite juga perlu paham bagaimana keadaan seseorang tersebut.. pernah ke kita pikir kalau kita yang berada di tempat mereka ??

kadang2 kita main hentam je.. buat andaian tersendiri.. tak pikir panjang.. terus tak puas hati. kemudian mengamuk...

kebanyakan daripada kita memg macam nie..saya tak nafikan langsung..sebab saya sendiri pun kadang2 boleh jadi macam tu..

sebab kita nie hanya seorang manusia biasa.. insan yang tak sempurna.. perkara begini kadang2 memang menjadi sifat manusia yang normal.. kadang2 kita pun tak pernah sedar kalau2 kite ada terbuat silap atau salah...

tapi kita boleh berusaha untuk ubah mende nie.. kadang2 kite perlu jadi lebih positif.. itu yang terbaik untuk buat kite sendiri pun tak serabut nak pikir macam2....

sumber : google


muhasabah diri itu perlu untuk menenangkan diri kita sendiri.. pikir baik2 dan ambek apa yang positif di sebalik semua yang berlaku... semua yang berlaku pasti ada hikmahnye kan...

kadang2 tak semua orang dapat terima pendapat kite..tapi kite perlu terus percaye dan buat apa yang kite rase terbaik...

ini hanya pandangan saya semata-mata..tak cakap mende nie betol..tapi mengikut ape yang saya rase... hanye kite yang mampu mengubahnye..

sumber : google


p/s : be positive! hidup kita akan lebih ceria, tenang dan bahagia. percayalah. :)

Mar 26, 2012

pilihan.

sumber : google


sekarang nie kita bnyk cakap pasal masalah je kan. hari2 pasti ade je masalah yang timbul...

bagi saya tu perkara normal bagi seorang manusia kan... kita tak akan lari dripda perkara nie.. sangat pelik kalau seseorang manusia yang normal tapi tidak ada pa pe masalh...

kite mungkin nampak cool dan rileks je memanjang, tapi dalam hati kite nie tak ada sape yang tau kan... mungkin ini semua bergantung bagaimana cara kita untuk menangani perkara tersebut...

sumber : google


buatlah keputusan yang terbaik dalam kehidupan kita. fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan...

sebenarnye tidak ada paksaan pun untuk kita melakukan sesuatu keputusan.. ini semua bergantung kepada diri kita sendiri untuk menentukan bagaimana jalan hidup kita... percaya pada diri sendiri, fikir baek2 dan buat keputusan dengan yakin supaya kita tak menyesal suatu hari nanti...

sentiasalah berfikiran positif.. supaya hidup kita akan lebih tenang dan bahagia sentiasa.. :)

jangan lupa untuk sentiasa meminta pertolongan dari-Nya kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-segalnya....

sumber : google

sumber : google


p/s : don't worry, be happy! everything is going to be alright. just believe in urself and make the right desicion. :)

Mar 25, 2012

senyum.

sumber : google

senyum. tak perlu kata apa2. 

walau seberat mane pun masalah kite, teruslah memilih untuk senyum.

dengan senyuman orang laen pun akan turut terasa tenang dan bahagia selepas melihat kita.

dengan senyuman hati kita juga akan terasa lebih tenang dan masalah akan beransur terasa pergi.

jangan lupa untuk terus senyum. :)



Mar 22, 2012

don't worry, be happy!




sumber : google

sentiasa ingat bahawa setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya..

jadi kepada yang sedang bersedih, teruskan untuk menjadi lebih kuat... :)

ingatlah bahawa sentiasa ada seseorang yang ingin lihat kita sentiasa gembira dan tersenyum... jangan hampakan perasaan seseorang tu tau.ingat tuuu... :)

p/s : kepada 'seseorang' tu. tanak sedih2 dah. saya akan sentiasa ada di sisi awak walau ape pun yang terjadi. tanak stress2 dah.. please stay strong!  :)

Mar 19, 2012

masalah.

assalamualaikum...

aduh sayang....

banyak betul masalah yang dihadapi pada awal2 tahun nie. mungkin itu perkara biasa. setiap orang mempunyai masalah masing2 kan...

sentiasa ingat bahwa mungkin nie sume ujian dan dugaan daripada-Nya....

p/s : walau sebesar/sekecil mana pun masalah yang kite hadapi sentiasa bersabar dan mohonlah kesenangan dan kemudahan daripada Allah s.w.t. semoga hidup kita sentiasa dipermudah oleh-Nya.

teruskan perjuangan.sentiasa tersenyum barulah hidup kita akan terasa senang dan tenang. :)