mengikuti mosoro

Feb 14, 2013

fikiran.

assalamualaikum semua. 

masalah, masalah, masalah. itu je yang selalu keluar dalam fikiran manusia kan. tapi kita tak pernah nak fikir apa yang buat kita bahagia selama ni. kenapa kita sentiasa fikir perkara yang boleh menyusahkan kita, sedangkan banyak lagi perkara yang boleh buat kita rasa senang. kan ?

hari-hari kita fikir mengenai masalah. cuba kita bertenang. ambil masa. fikir apa hikmah disebalik masalah tersebut. bukan semua masalah menyusahkan kita kan. ada jugak masalah yang boleh menyenangkan kita sebenarnya. tapi kita yang  buat-buat tak nampak. sebab kita sendiri yang fikir bahawa semua masalah semestinya menyusahkan.

tolonglah ubah fikiran yang negatif menjadi positif. aku rasa tak salah kalau kadang-kadang kita jadi seorang yang positif. kalau sentiasa jadi positif lagi bagus. tapi mesti ikut keadaan. jangan main hentam je. nanti kita sendiri jugak yang susah kan. yang penting atas diri kita sendiri. kita dah besar kan. 

pesanan : semua masalah boleh diselesaikan. cuma masa je yang tentukan sama ada lambat atau cepat. teruskan usaha. :)