mengikuti mosoro

Showing posts with label ::jiwang::. Show all posts
Showing posts with label ::jiwang::. Show all posts

Sep 14, 2012

putus asa.





p/s dalam apa-apa hal jangan cepat berputus asa. teruskan apa yang anda sedang usahakan. insyaAllah akan berjaya kalau kita betul-betul mahukan. :)

Sep 10, 2012

tidak bahagia.





p/s sentiasa berfikiran positif sama ada terhadap diri sendiri dan lebih-lebih lagi orang lain. be happy. :)

Sep 6, 2012

happy.





sumber : goggle


p/s bersyukur pada-Nya. terima kasih pada 'awak'.

Apr 22, 2012

keinginan lelaki.


Assalamualaikum...


sumber : google


setiap orang inginkan kehidupan yang sempurna kan. untuk dapatkan kesempurnaan tu bukan senang. 

tapi kite tak boleh berdiam diri dan mengharapkan kesempurnaan tu datang dengan sendiri. kite perlu terus berusaha dan mencuba untuk mencari kesempurnaan yang kita impikan.

walaupun tidak dapat mengecapi kesempurnaan tapi cukuplah untuk membahagiakan diri kita dan orang sekeliling. sentiasa bersyukur kepada-Nya dengan setiap anugerah yang diberikan.

begitu juga dengan dunia percintaan. bukan senang utuk mengejar kesempurnaan pasangan. hubungan cinta adalah hubungan yang serius kerana ia melibatkan emosi seseorang. oleh kerana ia adalah hubungan yang serius, setiap pasangan ada kehendak hati masing–masing. 

bagi lelaki, mereka mahukan beberapa perkara dari teman wanita teman hidup mereka iaitu : 

menjadi pendengar yang setia

seperti mana seorang lelaki sedia menjadi pendengar yang setia, mereka juga mahukan teman wanita teman hidup mereka menjadi seorang pendengar yang setia.

lelaki sangat sukar untuk meluahkan sesuatu melainkan pada orang yang mereka percaya sahaja. jadi, mereka sentiasa mahu luahkan sesuatu pada teman wanitanya teman hidupnya.

ingat perkara penting
fikiran lelaki amat berbeza dari wanita. lelaki lebih fokuskan fikiran mereka pada wang, kuasa dan keseluruhan perkara. berbanding wanita yang fokus pada kasih sayang dan memikirkan satu perkara secara satu persatu.
jadi, lelaki amat pelupa mengingati perkara–perkara kecil yang penting kerana mereka selalu memikirkan sesuatau secara keseluruhan iaitu teras. lelaki amat perlukan pertolongan dari teman wanitanya teman hidupnya untuk membantu mereka ingat perkara–perkara kecil yang penting.

perhatian secukupnya
apabila bercinta, lelaki akan jadi teramat manja pada pasangannya. mereka mahukan perhatian dari teman wanitanya teman hidupnya.
mereka tidak mahukan perhatian pada setiap masa tetapi mahu teman wanita teman hidup mereka ingat mereka selalu.
dalam kehidupan ini tiada seorang pun yang sempurna. oleh itu, kedua-dua belah pihak perlulah saling berusaha atau cuba untuk memahami antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dalam hubungan cinta yang dijalinkan.

credit : NotaHati

sumber : google

p/s : tak semua lelaki itu sama. setiap orang berbeza. atas pasangan masing2 untuk menentukannya.  sentiasa cuba untuk menerima kekurangan atau kelebihan pasangan. didoakan semoga semua berbahagia. :)

Apr 20, 2012

sebuah hubungan.





sumber : facebook


yang di atas ini mungkin bagi pandangan sesetengah orang. setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. 

setiap orang juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menjaga hubugan mereka dengan pasangan.

kalau bagi aku apa yang penting dalam setiap perhubungan ialah perlu sentiasa ada tolak ansur antara pasangan. kalu boleh berusaha untuk buang semua keegoan yang ada dalam diri walupun susah.

apa yang paling penting ialah sentiasa memohon kepada Alah. kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui. kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. 

p/s : jangan cepat berputus asa dalam sebuah perhubungan. yang pahit akan manis jua akhirnya. insyaAllah kamu akan bahagia. :)



Mar 7, 2011

Petua Cinta Sejati

::Assalamualaikum::


Petua 1
Cinta sejati menganggap pujian sebagai penawar. Bentuk tabiat mudah memuji pasangan supaya dia terdorong menjadi cemerlang. Amalkan memuji tujuh kali sebelum menegur pasangan

Petua 2
Cinta abadi sentiasa romantik. Berilah hadiah, SMS, ucapan cinta, makan diluar dan sebagainya untuk memupuk cinta. Ramai individu yang penyayang tetapi gagal mempamerkan perasaannya.

Petua 3
Cinta abadi diperkasakan dengan belaian. Berbual dan dengari pasangan dengan prihatin dan kasih sayang. Belajar untuk berkonflik dengan hikmah.

Petua 4
Cinta abadi perlu berteraskan iman. Kukuhkan hubungan dengan Allah bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan. Dirikan ibadah dengan sempurna.

Petua 5
Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman dikala sendirian.

Petua 6
Cinta abadi sentiasa ada masa untuk bicara kasih. Bisikan kata sayang setiap hari. 
Suami yang cemerlang peluk dan bisik kata sayang sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Petua 7
Cinta abadi lebih memberi tumpuan kepada perasaan berbanding kebendaan. Apabila wanita rasa disayangi, perkara lain tidak penting baginya. Ibarat rumah kecil terasa bagai istana.

Petua 8
Cinta abadi sentiasa hormat menghormati. Hormati keunikan dan karenah pasangan kita. Jangan sesekali sombong dengan pasangan. Cari penyelesaian menang menang (win win)

Petua 9
Cinta abadi sentiasa membuat penyesuaian dan mencari keserasian. Sebenarnya, kita mudah membuat sesuatu ataupun bekorban untuk orang lain berbanding untuk diri sendiri.

Petua 10
Cinta sejati menyakini bahawa orang yang Allah kurniakan menjadi pasangan kita adalah orang yang terbaik bagi kita, walaupun ramai orang yang mungkin lebih baik daripadanya.


--> petua daripada Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Jan 15, 2011

orang yang mencintai kamu

wahhh!! entry ak kali nie jiwang cket,, tp jiwang yg mcm mne?? klu korg nk tau bce la sndri smpai abes,,            

[01]    
  Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

[02]
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

[03]
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

[04]
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

[05]
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
lagi walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


[06]
Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

[07]
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

[08]
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

[09]
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

[10]
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

[11]
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

[12]
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

[13]
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

[14]
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 
'jauh dimata, jauh dihati?'

[15]
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

[16]
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

[17]
Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

[18]
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan
mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

[19]
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

[20]
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau
memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


[21]
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

[22]
Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s: klu korg rase prkare camnie pernah trjdi pham2 la sndri la yep ap yg ptot dibuat,,,



sumber : http://www.malaysiaria.com.my/