mengikuti mosoro

Oct 17, 2011

sahabat


Allah aturkan antara kita 1 PERTEMUAN,
dalam 1 PERTEMUAN ditetapkan 2 HATI
saya dan awak
dalam 2 HATI Allah berikan 3 RASA
sayang, kasih dan cinta
dalam 3 RASA itu diselitkan 4 TUJUAN 
berkenalan, berteman, berkawan dan bersama
dalam 4 TUJUAN itu tersembunyi 5 PERKATAAN
teman baik selalu di sisi 
dalam 5 PERKATAAN itu tersembunyi 6 IMPIAN 
iaitu sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai dan mengingati
dalam 6 IMPIAN itu tersimpul 7 HURUF 
iaitu SAHABAT

bersahabat biar berjuta. nak cari seorang sahabat yang betol2 menghargai kita memang susah. tapi kalau dah jumpa, hargailah sahabat tersebut selagi mereka masih ada.  :)

Oct 9, 2011

wow !!!

Assalamualaikum semua...


dah lame sangat rasenyer tak update blog nie kan. haha.
biasa la kan. sifat manusia. 
kadang-kadang rajin. kadang-kadang malas.
tapi aku nie rase macam bnyak yang malas je. haha. berat 6 6.
entah nape tiba-tiba je rase ad sikit rajin tu dtg.
jadi mase rajin nie la nak update ye wlaupun tade cite ap sgt kn.
tp bole la jgk tajamkan sikit otak nie ye. 
oke oke.
sebenarnye ak smalam bru smpai kt mktab je
seharian aku ad kt kL untuk satu seminar yang sangat HEBAT !
siyes aku cakap.. seminar tu memang SANGAT, SANGAT, SANGAT HEBAT !!
ak nak cite pnjang-pnjang pun ssh, jdi ak ringkaskan jela ye.

seminar ini bermula dari 10 pagi hngga 10 malam wooo...
kalau korng tgok pun cam da pening.
memang lame kot.
tapi siyes aku tak nyesal pegi
bnyak input2 yang memg sangat, sangat, sangat berguna untk semua yang pergi
dalam seminar tu ada mnunjukkan kita tentang satu pluang yang SANGAT, SANGAT, SANGAT HEBAT.
seminar tu dikendalikan oleh seorang sifu yang telah melahirkan LEBIH daripada 30 orang JUTAWAN dan lebih daripada 1000 orang yang berpendapatan 5 angka hanya dalam masa 3 tahun kot.
WOW ! siyes HEBAT !

aku tak tahu dah nak cakap cane.
memang aku sangt teruja !
aku pun tak menyesal diperkenalkan dengan peluang tersebut.
jadi pada sesapa yang ingin merebut peluang tersebut janganlah berlengah lagi.
masa tak akan menunggu kita.
rebutlah peluang ini selagi masih berpeluang.
aku hanya dapt ckap tapi atas diri masing2 untuk menilai sama ada baik atau tak
dan bagi aku ia adalah TERBAIKKK !!


kalau ada sesape yang ingin sama rebut peluang ini boleh la segera bagitau/hubungi aku k. 
ANYTIME, ANYWHERE ! no hal lah !

Apr 25, 2011

Peluang ll



3 kategori manusia yang jumpa peluang :


1. hanya melihat peluang yang datang dan membiarkan ia berlalu begitu sahaja


2. bingung melihat peluang yang datang secara tiba-tiba


3. sentiasa ambil tahu dan merebut peluang yang ada di depan mata

p/s : jadi sama-sama la kita nilai kita berada pada kategori yang mana,,,

Apr 11, 2011

Peluang



"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba. Datang tidak menentu masa. Datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”.

kata-kata : Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)  


Apr 7, 2011

Penilaian Kentut


ehem ehem !!
hehe
mase aku tgh maen2 ngan laptop nie 
tibe2 pulak aku terjumpe la satu artikel nie,,, 
aku tak tau la kan betol ke x,, 
jadi bole la cube2 try test wat kajian pade diri sendiri,,, 


ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

ORANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam jam

ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut

ORANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu



ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa
untuk kentut

ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain

ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

 ORANG YANG BODOH
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan agin yang keluar

ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"

ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi

ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi "blekutuk - blekutuk - bloop -bloop - bloopp"

ORANG YANG ATLET
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi


hahaha,,, 
jadi pakat2 nilai sendiri la yer,, 
aku rase mesti ade yang betol kan??? 
kan3???
xpe2,,, korang simpan sorg2 jela rahsia nie yer,,,

Apr 3, 2011

Jangan Jadi Seorang Yang Sombong!!





Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan daripada Ka'bul Ahbar :

"Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka."

Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah :

1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.

2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.

3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.

4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.

5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.

6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.

7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.

8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.

9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.

Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah.

Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.

Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka :

Azazil, ketua para malaikat : kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga.

Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. 

Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. 

Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri :

"Wahai diri... kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan itu??"

Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari :

1. Baca Surah Ad Dukhan

2. Selawat

3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada

InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu. Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah :

"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit."

Oleh itu buruilah sifat tawadhuk iaitu merendah diri dgn Allah

Mar 10, 2011

Kejohanan Olahraga Tahunan 2011

::Assalamualaikum::




    aku tak nak tulis banyak2 pasal nie sbb klau aku tulis gerenti boleh jadi karangan plak,,, haha,, lagipun aku tak pandai nak mengarang panjang2,,, nanti mengarut je lebih,, jadi ak just kongsi2 gambar jep,,,


    bendera kejohanan

    "rumah" Tok Bahaman

    "rumah" Tok Gajah

    "rumah" Tok Lela

    "rumah" Mat Kilau

    pengadil pertandingan yang adil lagi saksama

    penonton2 yang kemas lagi bergaye...



    peserta2 lelaki yang semart lagi hensem

     peserta tarik tali yang gagah lagi katam!

    adek2 comey riang bersukaneka


    peserta perempuan yang cantek lagi comey!
    lompat tinggi
    aksi pemenang bergaye!!

    olahragawan 2 tahun berturut-turut
    kedudukan rumah kesluruhan
    haha,, jadi berdasarkn gmbar yang last tu korunk dpt agk la yer rumah mane yang menang keseluruhan kan untuk kejohanan kali nie,, tentulah rumah biru kan,,

    "saya bangge sebagai ahli rumah biru"
     hahahaha

    go BAHAMAN go!!!