mengikuti mosoro

Feb 14, 2013

fikiran.

assalamualaikum semua. 

masalah, masalah, masalah. itu je yang selalu keluar dalam fikiran manusia kan. tapi kita tak pernah nak fikir apa yang buat kita bahagia selama ni. kenapa kita sentiasa fikir perkara yang boleh menyusahkan kita, sedangkan banyak lagi perkara yang boleh buat kita rasa senang. kan ?

hari-hari kita fikir mengenai masalah. cuba kita bertenang. ambil masa. fikir apa hikmah disebalik masalah tersebut. bukan semua masalah menyusahkan kita kan. ada jugak masalah yang boleh menyenangkan kita sebenarnya. tapi kita yang  buat-buat tak nampak. sebab kita sendiri yang fikir bahawa semua masalah semestinya menyusahkan.

tolonglah ubah fikiran yang negatif menjadi positif. aku rasa tak salah kalau kadang-kadang kita jadi seorang yang positif. kalau sentiasa jadi positif lagi bagus. tapi mesti ikut keadaan. jangan main hentam je. nanti kita sendiri jugak yang susah kan. yang penting atas diri kita sendiri. kita dah besar kan. 

pesanan : semua masalah boleh diselesaikan. cuma masa je yang tentukan sama ada lambat atau cepat. teruskan usaha. :)

Oct 2, 2012

pelik.


manusia nie kadang-kadang pelik.

KENAPA ?

cuba fikir sekejap...

aku cuma nak fokus yang paling utama

cuba fikir lagi...

tentang kesukaan / feveret / kepunyaan kita

kenapa manusia suka apa yang kita suka

tak boleh tengok kita hidup senang, bahagia, gembira

sedangkan benda tu memang milik kita ataupun memang dah sah-sah kita yang punya

contoh yang paling biasa kita lihat...

orang rampas suami orang, rampas isteri orang, curi barang orang, pinjam barang tak hantar...

pelik bukan ?

KENAPA ?

fitrah ke ? semula jadi ?

tak tahu la. semua dah besar. semua dapat fikir kan. :)


p/s maaf. bukan tuju kat sape-sape. manusia nie kadang-kadang pelik bukan ? aku tak sempurna. tak juga seorang yang baik. hanya persoalan yang bermain di fikiran ini sekian lama. dont't worry. be happy. :)

Sep 14, 2012

putus asa.





p/s dalam apa-apa hal jangan cepat berputus asa. teruskan apa yang anda sedang usahakan. insyaAllah akan berjaya kalau kita betul-betul mahukan. :)

Sep 10, 2012

tidak bahagia.





p/s sentiasa berfikiran positif sama ada terhadap diri sendiri dan lebih-lebih lagi orang lain. be happy. :)

Sep 6, 2012

happy.





sumber : goggle


p/s bersyukur pada-Nya. terima kasih pada 'awak'.

Apr 22, 2012

keinginan lelaki.


Assalamualaikum...


sumber : google


setiap orang inginkan kehidupan yang sempurna kan. untuk dapatkan kesempurnaan tu bukan senang. 

tapi kite tak boleh berdiam diri dan mengharapkan kesempurnaan tu datang dengan sendiri. kite perlu terus berusaha dan mencuba untuk mencari kesempurnaan yang kita impikan.

walaupun tidak dapat mengecapi kesempurnaan tapi cukuplah untuk membahagiakan diri kita dan orang sekeliling. sentiasa bersyukur kepada-Nya dengan setiap anugerah yang diberikan.

begitu juga dengan dunia percintaan. bukan senang utuk mengejar kesempurnaan pasangan. hubungan cinta adalah hubungan yang serius kerana ia melibatkan emosi seseorang. oleh kerana ia adalah hubungan yang serius, setiap pasangan ada kehendak hati masing–masing. 

bagi lelaki, mereka mahukan beberapa perkara dari teman wanita teman hidup mereka iaitu : 

menjadi pendengar yang setia

seperti mana seorang lelaki sedia menjadi pendengar yang setia, mereka juga mahukan teman wanita teman hidup mereka menjadi seorang pendengar yang setia.

lelaki sangat sukar untuk meluahkan sesuatu melainkan pada orang yang mereka percaya sahaja. jadi, mereka sentiasa mahu luahkan sesuatu pada teman wanitanya teman hidupnya.

ingat perkara penting
fikiran lelaki amat berbeza dari wanita. lelaki lebih fokuskan fikiran mereka pada wang, kuasa dan keseluruhan perkara. berbanding wanita yang fokus pada kasih sayang dan memikirkan satu perkara secara satu persatu.
jadi, lelaki amat pelupa mengingati perkara–perkara kecil yang penting kerana mereka selalu memikirkan sesuatau secara keseluruhan iaitu teras. lelaki amat perlukan pertolongan dari teman wanitanya teman hidupnya untuk membantu mereka ingat perkara–perkara kecil yang penting.

perhatian secukupnya
apabila bercinta, lelaki akan jadi teramat manja pada pasangannya. mereka mahukan perhatian dari teman wanitanya teman hidupnya.
mereka tidak mahukan perhatian pada setiap masa tetapi mahu teman wanita teman hidup mereka ingat mereka selalu.
dalam kehidupan ini tiada seorang pun yang sempurna. oleh itu, kedua-dua belah pihak perlulah saling berusaha atau cuba untuk memahami antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dalam hubungan cinta yang dijalinkan.

credit : NotaHati

sumber : google

p/s : tak semua lelaki itu sama. setiap orang berbeza. atas pasangan masing2 untuk menentukannya.  sentiasa cuba untuk menerima kekurangan atau kelebihan pasangan. didoakan semoga semua berbahagia. :)

Apr 20, 2012

sebuah hubungan.





sumber : facebook


yang di atas ini mungkin bagi pandangan sesetengah orang. setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. 

setiap orang juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menjaga hubugan mereka dengan pasangan.

kalau bagi aku apa yang penting dalam setiap perhubungan ialah perlu sentiasa ada tolak ansur antara pasangan. kalu boleh berusaha untuk buang semua keegoan yang ada dalam diri walupun susah.

apa yang paling penting ialah sentiasa memohon kepada Alah. kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui. kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. 

p/s : jangan cepat berputus asa dalam sebuah perhubungan. yang pahit akan manis jua akhirnya. insyaAllah kamu akan bahagia. :)