Assalamualaikum...
sumber : google |
setiap orang inginkan kehidupan yang sempurna kan. untuk dapatkan kesempurnaan tu bukan senang.
tapi kite tak boleh berdiam diri dan mengharapkan kesempurnaan tu datang dengan sendiri. kite perlu terus berusaha dan mencuba untuk mencari kesempurnaan yang kita impikan.
walaupun tidak dapat mengecapi kesempurnaan tapi cukuplah untuk membahagiakan diri kita dan orang sekeliling. sentiasa bersyukur kepada-Nya dengan setiap anugerah yang diberikan.
begitu juga dengan dunia percintaan. bukan senang utuk mengejar kesempurnaan pasangan. hubungan cinta adalah hubungan yang serius kerana ia melibatkan emosi seseorang. oleh kerana ia adalah hubungan yang serius, setiap pasangan ada kehendak hati masing–masing.
bagi lelaki, mereka mahukan beberapa perkara dari teman wanita teman hidup mereka iaitu :
menjadi pendengar yang setia
seperti mana seorang lelaki sedia menjadi pendengar yang setia, mereka juga mahukan teman wanita teman hidup mereka menjadi seorang pendengar yang setia.
lelaki sangat sukar untuk meluahkan sesuatu melainkan pada orang yang mereka percaya sahaja. jadi, mereka sentiasa mahu luahkan sesuatu pada teman wanitanya teman hidupnya.
ingat perkara penting
fikiran lelaki amat berbeza dari wanita. lelaki lebih fokuskan fikiran mereka pada wang, kuasa dan keseluruhan perkara. berbanding wanita yang fokus pada kasih sayang dan memikirkan satu perkara secara satu persatu.
jadi, lelaki amat pelupa mengingati perkara–perkara kecil yang penting kerana mereka selalu memikirkan sesuatau secara keseluruhan iaitu teras. lelaki amat perlukan pertolongan dari teman wanitanya teman hidupnya untuk membantu mereka ingat perkara–perkara kecil yang penting.
perhatian secukupnya
apabila bercinta, lelaki akan jadi teramat manja pada pasangannya. mereka mahukan perhatian dari teman wanitanya teman hidupnya.
mereka tidak mahukan perhatian pada setiap masa tetapi mahu teman wanita teman hidup mereka ingat mereka selalu.
dalam kehidupan ini tiada seorang pun yang sempurna. oleh itu, kedua-dua belah pihak perlulah saling berusaha atau cuba untuk memahami antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dalam hubungan cinta yang dijalinkan.
credit : NotaHati
sumber : google |
p/s : tak semua lelaki itu sama. setiap orang berbeza. atas pasangan masing2 untuk menentukannya. sentiasa cuba untuk menerima kekurangan atau kelebihan pasangan. didoakan semoga semua berbahagia. :)
0 pengomen:
Post a Comment