mengikuti mosoro

Jan 17, 2011

falsafah pendidikan kebangsaan



Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, RohaniIntelek, dan Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. 

berikut ialah teks penuh falsafah pendidikan kebangsaan :

falsafah pendidikan kebangsaan

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau dikenali dengan Falsafah Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut:
  • percaya dan patuh kepada Tuhan
  • berilmu pengetahuan
  • berakhlak mulia
  • bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
  • memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
  • memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

0 pengomen:

Post a Comment